Sunday 8 May 2011

terbuka untuk kalian


Gerakan Anak - Anak Muda kini meluaskan keahliannya ke seluruh tempat
Sekiranya anda berminat dengan penyertaan keahlian kami
Sila-silalah berhubung dengan kami melalui :
email : gerakan_anakmuda@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/gerakananakanakmuda ataupun gerakananakanakmuda@groups.facebook.com

Utusan daripada :
G.A.A.M_TortaEpoca

Thursday 5 May 2011

Secebis Harapan


kegemilangan anak muda bernama Awangku Mohd. Azmi Bin Mustapha
dalam memartabatkan seni tradisional
bukan senang untuk menjadi anak muda seperti ini
kerana dia berani dalam menyertai aktiviti-aktiviti kesenian tradisional ini
kegemilangan anak muda ini adalah satu motivasi baginya dalam meneruskan kegiatannya dalam memartabatkan seni tradisional
kebolehannya bermain alat muzik seperti gambus
telah membuatkan dia menubuhkan kumpulan ini juga
bersama rakan-rakannya yang lain turut berusaha menubuhkan kumpulan Gerakan Anak-Anak Muda ini.
penglibatannya bermula ketika anak muda ini masih lagi kanak-kanak
berusia 13 tahun telah mula mengikuti pertandingan Gambus dalam Pesta Gambus 2007 bertempat di Papar
anak muda ini kerap mengambil perhatian dalam aktiviti-aktiviti seperti ini
penglibatan anak muda ini dalam Pesta Gambus selama 4 tahun berturut-turut (2007-2010)
anak muda ini juga pernah terlibat dalam persembahan bagi Sabah Fest pada tahun 2007
anak muda ini pernah menerima tempat Ketiga dalam pertandingan Gambus Solo sempena Pesta Gambus 2009
setelah penubuhan kumpulan G.A.A.M ini, ramai pihak yang memerlukan khidmat kumpulan ini dalam persembahan gambus tidak kira rasmi ataupun tidak rasmi
melalui persembahan itu jugalah G.A.A.M telah menubuhkan kategori G.A.A.M.BUS Band 

sekiranya readers ingin mengenali lebih lanjut tentang butir diri anak muda berbakat ini
sila-sila mengikuti perkembangan kumpulan Gerakan Anak-Anak Muda ini dari semasa ke semasa

Sekian sahaja untuk utusan kali ini
kita bertemu sekali lagi dalam utusan yang seterusnya
Assalamualaikum :D
Coretan :  
TortaEpoca_G.A.A.M

Sunday 1 May 2011

Irama Lama Diputarkan Kembali...

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada readers
Hari ini Gerakan Anak-Anak Muda ingin berkongsi sedikit pengalaman kami kepada anda semua (readers)
Sebelum bergerak kepada babak yang lain.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada readers yang sudi mengikuti perkembangan kami dari awal penubuhan hingga ke hari ini.
Hari ini cuma sedikit sahaja nak diutuskan sebab isi kandungan yang akan para readers baca nanti adalah sangat kurang. 
 Mungkin kerana tiada jurugambar bebas atau jurugambar tetap bagi kumpulan ini.
Walauapapun, ikuti cerita kami ini. 
Selamat Membaca :)

Bermula cerita daripada sebelum persembahan di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka.
Agaknya ada juga ahli-ahli Gerakan Anak-Anak Muda (G.A.A.M) ini lambat membuka mata daripada tidur.
Ada yang tidak tidur seketika , ada juga yang tidur-tidur ayam.
Sehinggalah persediaan untuk ke Dewan Besar DBP itu menjadi kelam-kabut.
Dalam jadual seharusnya bebudak G.A.A.M.BUS Band harus berada di Dewan Besar DBP pada jam 6 pagi.
Akan tetapi terdapat beberapa masalah persediaan alatan-alatan yang dianggap sangat berat.
Menunggu kenderaan ke Dewan Besar DBP dan akhirnya selamat tiba di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Beralih kepada semasa persembahan dan terselit juga pengakhiran persembahan
Berbagai-bagai lagu yang didendangkan oleh pemain Gambus G.A.A.M.BUS Band nie iaitu : 
bersama rakan-rakan yang lain yang memainkan peranan sebagai pemain gong , gendang dan kerincing.
Hanya duduk di atas mimbar berhias sederhana selama 4 jam.
Tetapi di akhir persembahan juga kami sempat mengambil beberapa gambar sebagai memoribilia kami

seperti pada zaman-zaman 70an

dengan segaknya ahli-ahli G.A.A.M

keunggulan anak-anak muda yang masih meneruskan seni tradisional di negeri Di Bawah Bayu ini

Sekian sahaja untuk utusan kali ini.
Sehingga kita bertemu semula di utusan yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca utusan kami yang tidak seberapa ini.
Assalaam~
Poster :
TortaEpoca_G.A.A.M