Friday 29 April 2011

Di Sebalik Tabir...




demikianlah ceritera kami pada suatu hari yang lalu
bersama segenap rakyat Gerakan Anak-Anak Muda
di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka
kemudiannya kami membuat gerakan beramai-ramai ke 1Borneo Hypermall
sekian lama penubuhan kumpulan ini
ketika itu jugalah kami membuat rombongan ke 1Borneo Hypermall

permulaan kisah kami adalah dari Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka
selepas membuat persediaan persembahan selama 3 jam
kami menghiburkan juga orang ramai yang ada di tempat itu
dengan paluan kompang
biarpun tugas kami hanya menjadi G.A.A.M.BUS Band
kegilaan kami juga bermain kompang
kiranya kami juga membuat 'demonstration' kepada bebudak asrama SMK Likas
selepas sahaja teguran daripada Puan Pengetua SMK Likas kepada bebudak asrama
kami bercadang untuk memberi 'demonstration' kepada mereka
sehingga di suatu masa ketika kami ingin menikmati jamuan di 'cafeteria'
bebudak asrama bermain kompang yang sama dengan melodi paluan kompang kami
selepas sahaja menikmati jamuan
kami menghilangkan kebosanan kami dengan bermain kompang secara saja-saja
kami berhibur dengan rentak dikir barat, kompang orang kahwin, kompang selawat dan banyak lagi.
sementara menunggu seorang lagi ahli G.A.A.M (c PiE - Muhammad Saffei)
yang mempersembahkan sebuah nyanyian bertajuk Anak yang pernah dipopularkan oleh Freddie Aguilar
seperti terkejar-kejar masa agaknya apabila menunggu budak itu. (hahaha)

Sedutan cerita di 1Borneo pula
mulanya kami berkeliaran di sekitar North Atrium dan South Atrium
naik turun naik turun dari tingkat bawah tanah (Basement Floor) sehingga ke tingkat 2 (2nd Floor)
sehinggalah tersinggah di kedai runcit agaknya
sebab tertera pada 'banner'nya :
"Always RM5" (haha)
ramai juga lah pelanggan-pelanggan di kedai yang bernama Daiso itu.
lebih kurang 30 minit berlegar dalam kedai itu
kemudiannya kami bergerak ke Universal Online (Cyber Cafe)
tetiba pula kami ingin bermain 'pool' (lebih dikenali snooker/billiard)
lebih kurang sejam lebih bermain 'pool'

Tahniah kepada Kumpulan Plokshot yang dianggotai oleh Syahkirun dan Adzrin
setelah tamat penganugerahan kepada 2 ekor tenuk ini (hahaha)
barulah kami main Defence of the Ancient (DOTA)
3 lawan 3


dan pemenang bagi keseluruhan game adalah yg 3 orang jantan macho di atas itu. (haha) 
memang layak lah kami menerima gelaran juara (haha)
by the way, terima kasih buat para sahabat yang sudi meluangkan masa dan tenaga dan juga fulus/perbelanjaan dalam gerakan kita kali ini
TERIMA KASIH.

SEKIAN
terima kasih kerana sudi membaca utusan kami yang tidak seberapa ini
bertemu lagi di lain coretan, di lain utusan
Assalaaam~ :D
G.A.A.M_TortaEpoca©

Thursday 21 April 2011

HARI INI DALAM SEJARAH


hari ini adalah hari pertamanya kami membuat utusan
kepada kalian readers, jika kalian berkenan dengan 'website' kami 
sila-silalah 'follow' dengan keikhlasan hati
penubuhan kami bukan untuk hiburan semata-mata
tetapi kami menubuhkan kumpulan ini untuk menggalakkan kalian readers mengikuti perkembangan kami dalam meneruskan seni warisan tradisional
sebagai contoh yang kalian ketahui
industri muzik lebih kepada penghasilan karya-karya moden
dengan adanya kugiran atau bahasa inggerisnya 'band'
seni muzik bukan sekadar semakin maju malah mula mengaburi pandangan mata rakyat dalam mendengar atau menonton seni muzik tradisional.
untuk pengetahuan kalian readers
kami bukan sahaja meneruskan seni muzik tradisional
malah kami juga meneruskan warisan-warisan tradisional seperti silat.
melalui kumpulan yang kami dedahkan ini juga
kalian readers dapat menyaksikan dan mendengar segala bentuk seni tradisional
kami menyediakan perkhidmatan Gambus-band dan Penggerak-Penggerak Silat
kami adalah kumpulan yang memberi khidmat berbayar dalam mana-mana majlis rasmi mahu tidak rasmi
seperti perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan bermacam-macam lagi.

sekiranya kalian readers berminat dengan perkhidmatan kami
kalian readers bolehlah menghantarkan email kepada kami melalui :
muhammad_saffei@yahoo.com
Facebook pula dengan tekan butang like pada page kami :

Facebook juga dengan ikut kumpulan kami :

www.facebook.com/group.php?gid=160951863919025

Ayuh! Jangan Lepaskan Peluang Anda. :D