Sunday 1 May 2011

Irama Lama Diputarkan Kembali...

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada readers
Hari ini Gerakan Anak-Anak Muda ingin berkongsi sedikit pengalaman kami kepada anda semua (readers)
Sebelum bergerak kepada babak yang lain.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada readers yang sudi mengikuti perkembangan kami dari awal penubuhan hingga ke hari ini.
Hari ini cuma sedikit sahaja nak diutuskan sebab isi kandungan yang akan para readers baca nanti adalah sangat kurang. 
 Mungkin kerana tiada jurugambar bebas atau jurugambar tetap bagi kumpulan ini.
Walauapapun, ikuti cerita kami ini. 
Selamat Membaca :)

Bermula cerita daripada sebelum persembahan di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka.
Agaknya ada juga ahli-ahli Gerakan Anak-Anak Muda (G.A.A.M) ini lambat membuka mata daripada tidur.
Ada yang tidak tidur seketika , ada juga yang tidur-tidur ayam.
Sehinggalah persediaan untuk ke Dewan Besar DBP itu menjadi kelam-kabut.
Dalam jadual seharusnya bebudak G.A.A.M.BUS Band harus berada di Dewan Besar DBP pada jam 6 pagi.
Akan tetapi terdapat beberapa masalah persediaan alatan-alatan yang dianggap sangat berat.
Menunggu kenderaan ke Dewan Besar DBP dan akhirnya selamat tiba di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Beralih kepada semasa persembahan dan terselit juga pengakhiran persembahan
Berbagai-bagai lagu yang didendangkan oleh pemain Gambus G.A.A.M.BUS Band nie iaitu : 
bersama rakan-rakan yang lain yang memainkan peranan sebagai pemain gong , gendang dan kerincing.
Hanya duduk di atas mimbar berhias sederhana selama 4 jam.
Tetapi di akhir persembahan juga kami sempat mengambil beberapa gambar sebagai memoribilia kami

seperti pada zaman-zaman 70an

dengan segaknya ahli-ahli G.A.A.M

keunggulan anak-anak muda yang masih meneruskan seni tradisional di negeri Di Bawah Bayu ini

Sekian sahaja untuk utusan kali ini.
Sehingga kita bertemu semula di utusan yang akan datang.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca utusan kami yang tidak seberapa ini.
Assalaam~
Poster :
TortaEpoca_G.A.A.M

2 comments:

  1. mcm 2 baliau2 kmo...ahah..bspek2 mata....

    ReplyDelete
  2. eyah nie bha ! haha ! semua bspekk .. ada yg ndak bspekk pun buat2 ada spekk juak lepas kena edit .. haha !! :DD

    ReplyDelete